Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Bazar Ramadan: Masih ada bawa anak tanpa pelitup muka

    KUALA TERENGGANU, 6 APRIL – Kerajaan Terengganu kesal dengan tindakan sesetengah ibu bapa yang sanggup merisikokan kesihatan anak mereka dengan membawa bayi dan kanak-kanak ke bazar Ramadan tanpa memakai pelitup muka.

    Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak berkata lebih-lebih lagi Terengganu masih berada pada kedudukan kedua terendah dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

    Setakat semalam, kadar vaksinasi PICKids di Terengganu hanya 12.6 peratus daripada 178,700 populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

    “Saya nasihatkan ibu bapa kalau sayangkan anak-anak, tinggalkanlah sebentar di rumah atau dalam kereta, bergilir sahaja suami isteri untuk pergi sebentar membeli juadah berbuka puasa.

    “Kita tidak tahu di bazar ini pun mungkin ada individu yang positif COVID-19 namun tidak bergejala. Kita tidak mahu jika dijangkiti, kesihatan mereka akan teruk kerana belum mendapat perlindungan (vaksin),” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di bazar Ramadan Dataran Shahbandar di sini lewat petang semalam. – Bernama

    Orang ramai masih lagi membawa kanak-kanak ke Bazar Ramadan ketika tinjauan fotoBernama di Bazar Ramadan Dataran Shah Bandar. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...