Monday, March 31, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bazar saji produk asli Thailand

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Bazar Thailand yang menampilkan pelbagai produk Thailand kembali semula di Pusat Membeli-belah OneCity, Kampung Salambigar bermula hari ini hingga 28 Ogos.

    Hadir merasmikan bazar empat hari berkenaan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai.

    Dianjurkan oleh Kedutaan Diraja Thailand di Brunei Darussalam bersama Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa di Kuala Lumpur, Tourism Authority of Thailand, Pejabat Kuala Lumpur, Pejabat Atase Pertahanan Bandar Seri Begawan dan Pejabat Hal Ehwal Buruh kedutaan itu, bazar berkenaan diadakan bertepatan dengan musim cuti persekolahan, memberi peluang kepada orang ramai meluangkan masa bersama keluarga.

    PYT Boosara Kanchanalai dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa 58 vendor menyertai bazar tersebut yang menampilkan pelbagai produk Thailand meliputi barangan makanan, pakaian, kraf tangan, perkhidmatan dan sebagainya.

    Pada masa yang sama, Puan Yang Terutama juga mengongsikan bahawa antara aktiviti yang bakal menghiasi acara itu termasuk demonstrasi masakan Thailand yang sudah semestinya dinanti-nantikan oleh ramai pengunjung di negara ini.

    Sejurus setelah majlis perasmian, PYT Boosara Kanchanalai berpeluang bergambar ramai bersama kakitangan kedutaan Thailand dan mereka yang terlibat dalam menjayakan bazar tersebut sebelum dibawa melawat ke petak-petak jualan.

    Gambar ramai bersama PYT Boosara Kanchanalai pada majlis berkenaan. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    Antara produk makanan yang tersedia pada acara tersebut. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda