Oleh Fadhil Yunus BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Persatuan Bola Keranjang Brunei (BBA) mengeluarkan senarai perlawanan dan pasukan yang menyertai kejohanan bola keranjang Piala You-C1000 2022, yang dijangka akan berlangsung pada 25 Jun ini. Sebanyak 19 pasukan akan bertanding dalam merebut gelaran juara bagi kategori terbuka lelaki, manakala tiga pasukan bagi kategori terbuka wanita.