Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    BBBF jalin kerjasama dengan MINI

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Forum Perniagaan Britain Brunei (BBBF) telah mengumumkan kerjasamanya bersama MINI, kenderaan ikonik yang terkenal dengan reka bentuk bergaya dan rupa berinspirasikan retro tersendiri.

    Kerjasama tersebut diumumkan secara rasmi pada majlis menandatangani perjanjian di Bilik Pameran MINI, Beribi, hari ini, di mana menandatangani bagi pihak MINI ialah Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo dan Pengurus Jualan MINI Brunei, Felda Wong.

    Manakala itu, BBBF diwakili oleh Pengerusi, Pengiran Aki Ismasufian bin Pengiran Haji Ibrahim dan Setiausaha Kehormat BBBF, Miriam Wolber.

    Di bawah perjanjian berkenaan, ahli-ahli BBBF akan mendapat akses kepada pelbagai manfaat dan pengalaman eksklusif, seterusnya meningkatkan nilai keahlian mereka.

    Selain menawarkan keistimewaan eksklusif kepada ahli BBBF, kerjasama tersebut adalah bagi meraikan kekayaan warisan kereta MINI, dan memberi peluang unik kepada ahli-ahli untuk merasai pengalaman memandu salah satu kereta paling terkenal di dunia.

    Pengiran Aki Ismasufian dalam ucapannya merakamkan penghargaan terhadap perkongsian tersebut, dengan menyatakan, “Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan MINI untuk memberikan keistimewaan tambahan kepada ahli kami. Kerjasama ini menekankan komitmen kami untuk menawarkan ahli kami. akses kepada peluang yang unik dan berharga”.

    Sementara itu, Alisa Khoo berkata “MINI mempunyai sejarah inovasi dan ketukangan yang kaya, dan kami berbangga untuk bekerjasama dengan BBBF bagi berkongsi minat kami memandu bersama ahli-ahli mereka.

    “Kami percaya perkongsian ini akan mengukuhkan kehadiran kami di Brunei sementara mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk ahli BBBF,” tambah beliau.

    Alisa Khoo dan Pengiran Aki Ismasufian menunjukkan dokuman perjanjian yang dimeterai. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda