Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    BBC anjur Majlis Doa Kesyukuran sempena ulang tahun ke-17

    TUTONG, 14 JAN – Kelab Bersatu Bikers (BBC) telah meraikan ulang tahun ke-17 penubuhannya dengan mengadakan Majlis Doa Kesyukuran yang berlangsung di kawasan perumahan Kampung Penanjong, baru-baru ini.

    Majlis tersebut dihadiri seramai 25 ahli kelab yang berdaftar, bertujuan memperingati detik bersejarah kelab itu sejak penubuhannya.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Haji Mohd Isa bin Haji Marsidi, diikuti ucapan daripada yang di-pertua kelab, Awang Matassan bin Haji Halus.

    Dalam ucapannya, beliau menyentuh mengenai aktiviti dan pencapaian kelab sejak 17 tahun lalu, selain menggalakkan ahli-ahli untuk terus memberi komitmen dalam menjayakan program-program yang dirancang pada masa akan datang.

    Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan menerapkan nilai kekeluargaan, mematuhi peraturan jalan raya, dan mengamalkan sikap bertolak ansur dalam kalangan ahli bagi memastikan BBC terus kukuh dan dihormati.

    Ahli-ahli BBC yang hadir pada majlis tersebut bergambar ramai. – GAMBAR SERAHAN BBC
    GAMBAR SERAHAN BBC

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda