Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    BBC anjur majlis tahlil, sungkai ride

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Seramai 30 ahli Bersatu Bikers Club (BBC) telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran yang diselajurkan dengan sungkai
    ride bersama keluarga di sebuah restoran di Jerudong, baru-baru ini.

    Acara dimulakan dengan bacaan tahlil beramai-ramai khusus kepada ahli-ahli persatuan yang telah kembali ke rahmatullah dan diselajurkan dengan bacaan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Awang Qadrullah bin Abdul Rahman.

    Di samping meluangkan masa berbuka puasa bersama-sama, ahli-ahli BBC juga mengambil kesempatan itu untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan serta silaturahim bersama rakan-rakan.

    Sebelum iftar, ahli BBC telah mengadakan perhimpunan konvoi di kawasan Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan berakhir di restoran tersebut.

    Ahli-ahli BBC bergambar ramai semasa majlis bersungkai bersama keluarga di sebuah restoran di Jerudong, baru-baru ini. – Gambar serahan BBC
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda