Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    BBC lantik ahli jawatankuasa baharu

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Kelab Bikers Bersatu (BBC), baru-baru ini, telah mengadakan mesyuarat agung ke-12 yang menyaksikan pelantikan ahli-ahli jawatankuasa bagi sesi 2020-2022.

    Pada mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Dewan Kemasyarakatan Perpindahan Lambak Kanan itu, Awang Matassan bin Haji Halus dilantik semula jawatan sebagai yang di-pertua kelab.

    Sementara itu, Haji Azmi bin Haji Sani dilantik sebagai timbalan yang di-pertua; Pengiran Jaya bin Pengiran Haji Bakar mengekalkan jawatannya sebagai setiausaha agung dan Awang Azlan bin Zaini pula dilantik sebagai timbalan setiausaha agung.

    Ahli-ahli lain ialah Alex Qurnaine @ Ali bin Haji Jair sebagai bendahari agung dan Awang Suhaili bin Ahim sebagai timbalan bendahari agung.

    Kelab berkenaan ditubuhkan pada 12 Januari 2008 dengan keramaian 35 orang ahli dan meningkat kepada seramai 178 orang ahli pada hari ini.

    Sesi Mesyuarat Agung BBC ke-12 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Dewan Kemasyarakatan Perpindahan Lambak Kanan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda