Friday, November 15, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    BBCSG terima sumbangan dari Shine Cycle & Shine X

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Presiden Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Brunei (BBCSG), Dayang Hajah Aminah Haji Momin telah menerima sumbangan kewangan untuk Tabung Kanser Payudara daripada Dayang Chan Pei Xin wakil daripada syarikat Shine Cycle & Shine X, kelmarin.

    Penyerahan sumbangan tersebut berlangsung di kediaman Presiden BBCSG, Di Kampung Rimba.                        

    Sumbangan tersebut adalah untuk bantuan kepada pesakit kanser payudara untuk membeli baju dalam khas, prosthesis dan pembiayaan aktiviti promosi kesedaran kanser payudara di kalangan wanita dan keluarga di negara ini.

    Turut hadir menyaksikan penerimaan sumbangan itu ialah Naib Presiden BBCSG, Dayang Hajah Linda Aini binti Haji Abdullah dan Setiausaha Agung BBCSG, Datin Dayang Hajah Jaliha Haji Momin serta wakil daripada Shine Cycle & Shine X, Awang Aiman bin Abdullah.

    Gambar ramai antara Dayang Hajah Aminah bersama penyumbang Dayang Chan Pei Xin iaitu wakil dari Shine Cycle & Shine X. – GAMBAR SERAHAN BBCSG
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda