Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    BBQ Night with Nissan meriah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk berkunjung dan memeriahkan lagi acara BBQ Night with Nissan yang dihoskan oleh Nissan Brunei di Bandar Seri Begawan bermula hari ini.

    Acara dua hari hingga esok itu mengetengahkan usahawan makanan dan minuman tempatan termasuk Wan Wana Kitchen, Geo Eats, Happy Cream, Piccolo BN dan Samalindang.

    Diadakan bersempena dengan hujung minggu, acara itu menyaksikan kakitangan Boustead Sdn Bhd bersama para pengunjung mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang menarik.

    Sepanjang majlis itu, Nissan Brunei juga mempamerkan model-model terpilih kenderaan Nissan iaitu Nissan Terra Kenstyle dan Nissan X-Trail with Alpha Series Edition bagi orang ramai melihat dengan lebih dekat ruang dalaman dan ciri-ciri unik kenderaan
    berkenaan.

    Dengan membawa tema BBQ Night with Nissan, orang ramai boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti seisi keluarga termasuk belon buih untuk kanak-kanak, BBQ percuma bagi setiap prospek yang menyertai Cabaran Meletakan Kereta AVM, ais krim percuma dan juga kuiz, Nissan QUIZ-tion You!

    Selain daripada itu, para pengunjung juga boleh merebut tawaran istimewa semasa Flash Sale yang berlangsung bagi Nissan Brunei sehingga akhir September dan juga bagi para pemilik Nissan, di mana mereka boleh menempah awal servis kenderaan supaya layak mendapatkan baucar diskaun 25 peratus bagi pembaikan alat ganti.

    Antara kenderaan Nissan yang dipamerkan kepada para pengunjung semasa acara BBQ Night with Nissan di Bandar Seri Begawan. – Oleh Boustead Sdn Bhd

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda