Tuesday, December 3, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    BBYB sumber komprehensif Brunei

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOSBorneo Bulletin Yearbook (BBYB) telah menyambut ulang tahunnya yang ke-30 tahun dengan majlis pelancaran edisi ke-30 buku berkenaan berlangsung di Dewan Serambi Batil Tarindak D’Seni, hari ini.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Behormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan pelancaran.

    Yang Behormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa menyampaikan ucapannya menyatakan bahawa sejak edisi pertama 1993, BBYB telah menjadi panduan komprehensif di Brunei Darussalam.

    “Mencapai usia 30 tahun menandakan suatu kejayaan yang harus dipuji dan bukti kepada dedikasi yang tidak terhingga, tahun demi tahun, dalam merakamkan pembangunan dan perkembangan negara.

    “Ia amat menggembirakan dapat menyaksikan pertumbuhan BBYB selama bertahun-tahun, yang berkembang sejajar dengan teknologi dalam peralihannya dari cetakan kepada digital,” ujarnya.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew dan Albert Lau bergambar ramai bersama wakil syarikat dan organisasi yang telah menyokong BBYB. – Gambar oleh Khayr Zakariyya
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew, Albert Lau dan Anafiah semasa menyambut ulang tahun ke-30 BBYB, kelmarin. – Gambar oleh Khayr Zakariyya
    Gambar oleh Khayr Zakariyya

    Menyentuh mengenai tema BBYB ‘Membina Masa Depan’, Yang Berhormat Dato menekankan ia mencerminkan peranan penting yang dikongsi oleh semua orang di sini dalam membentuk masa depan kita.

    Meskipun ia mungkin memberi makna berbeza kepada orang yang berlainan, namun kita semua sebagai sebuah negara, berusaha untuk masa depan yang menyediakan kita dengan standard dan kualiti hidup yang tinggi, berpendidikan dan berkemahiran tinggi yang produktif serta mencapai potensi dalam ekonomi yang dinamik dan mampan.

    “Pendeknya, kita berusaha keras untuk mencapai tiga matlamat Wawasan Brunei 2035,” ujarnya lagi.

    Sementara itu, Pengurus Besar Brunei Press Sdn Bhd, Anafiah binti Omar dalam ucapan alu-aluannya antara lain menyatakan bahawa walaupun banyak yang telah berubah dalam ekonomi dan gaya hidup setiap orang, namun, kita kekal sebagai sumber maklumat di peringkat tempatan dan antarabangsa.

    “Negara Brunei Darussalam terus mara ke hadapan dengan menyasarkan kepelbagaian ekonomi yang mampan,” ujarnya.

    Pada masa yang sama, beliau juga menyentuh tema BBYB tahun depan iaitu Digital Waves, Sustainable Horizons.

    Menurut beliau, BBYB 2024 akan memberi pandangan yang mendalam tentang pelbagai inisiatif oleh kerajaan di mana Brunei telah menerima revolusi digital.

    “Kejayaan BBYB untuk tahun-tahun yang sudah adalah disebabkan permintaan untuk panduan komprehensif kepada Brunei dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Brunei Press sebagai cara untuk memberi kembali kepada masyarakat. Ketika kami berkembang lebih jauh untuk memenuhi pasaran yang berubah pantas, kami melihat ke hadapan untuk sokongan berterusan awda,” katanya.

    Sementara itu, dengan edaran lebih 50,000, BBYB boleh didapati dalam bentuk cetakan atau dalam talian, dan diedarkan melalui penebusan dalam akhbar Borneo Bulletin dan Media Permata.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda