Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    BCF anjur Chess Blitz Championship 2023

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Persatuan Catur Brunei (BCF) baru-baru ini telah menganjurkan pertandingan Chess Blitz Championship 2023 sempena Hari Kebangsaan Brunei ke-39 yang berlangsung di Pusat Beli-belah Mid Valley, Jalan Muara.

    Seramai 87 peserta telah menyertai pertandingan tersebut.

    Fide Master Muhammad Aliuddin telah dinobatkan sebagai johan dan tempat kedua disandang oleh Awangku Abdul Wafie bin Pengiran Shahridin dari Pusat Tingkatan Enam Sengkurong.

    Pemenang bagi Kategori B12 disandang oleh Aiden Syahmi bin Zambri dari Sekolah Stella, manakala tempat kedua disandang oleh Jerrick Louis dari Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).

    Pemenang bagi Kategori B16 dimenangi oleh Ashmit Sreejith dan tempat kedua pula disandang oleh Awangku Ayyub Safwan dari Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah (SM PAPHRSB).

    Johan Kategori B20 pula disandang oleh Rodney Lim dari Politeknik Brunei, sementara Mohammad Nur Haziq dari UBD menduduki tempat kedua.

    Manakala johan bagi kategori Atas 50 disandang oleh Haji Kipli bin Haji Mahrup, sementara guru dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Fazreena binti Hussin dinobatkan sebagai Pemain Wanita Terbaik. Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Rimba pula dinobatkan sebagai Sekolah Terbaik.

    Hadiah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, diiringi oleh Naib Presiden BCF, Pengiran Abdul Rahman.

    Tetamu kehormat dan penganjur bergambar bersama pemenang Wanita Terbaik.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda