BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Persatuan Catur Brunei (BCF) baru-baru ini telah menganjurkan pertandingan Chess Rapid Championship sempena Hari Kebangsaan Brunei ke-39.
Seramai 60 peserta menyertai kejohanan tersebut. Terdiri daripada pemain antarabangsa dari Australia, India, United Kingdom dan Malaysia.
Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh Awang Ilham bin Haji Abdul Hamid yang dinobatkan sebagai johan. Manakala, pemenang bagi kategori di bawah 12 tahun disandang oleh Awang Aiden Syahmi bin Zambri dari Sekolah Stella. Pemenang bagi kategori di bawah 16 tahun pula disandang oleh Awang Khaizuran bin Rezuan dari Sekolah Arab Belait dan pemenang bagi kategori di bawah 20 tahun disandang oleh Awangku Muhammad Hazim Safwan bin Pengiran Haji Abdul Aziz.
Sehubungan itu, BCF akan melanjutkan lagi aktiviti perlawanan seterusnya iaitu Chess Blitz Championship 2023 sempena Hari Kebangsaan Brunei ke-39 yang akan berlangsung pada Ahad, 12 Mac 2023 di Pusat Beli-belah Mid Valley. Untuk maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi pengarah kejohanan BCF.
