Sunday, July 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    BCL kembali dengan konsert cinta luar biasa

    Selepas Datuk Seri Rossa dan Krisdayanti, seorang lagi diva dari Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) kembali mengadakan konsert di Malaysia.

    Kali ini, BCL akan membawa konsep cinta luar biasa menerusi Konsert BCL: Eternal Love – Timeless Romance yang bakal diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 27 September depan, menurut laporan BH Online.

    Memperincikan konsert dibawakan oleh Pulse Project Asia itu, pengarahnya, Muhammad Anuar Zaini memaklumkan, selain mahu mengubati kerinduan peminat dan mengembalikan nostalgia, penganjur juga menjanjikan pengalaman menarik buat mereka yang menontonnya.

    “Semuanya akan dipersembahkan menerusi penata cahaya bersama produksi bertaraf dunia.

    “Penonton akan dibawa menyusuri perjalanan muzik BCL yang menyentuh hati melalui lagu cinta abadi, balada penuh makna dan penceritaan intim,” ujarnya dalam satu kenyataan.

    Sementara itu, melalui kenyataan sama, BCL turut meluahkan keterujaannya bertemu peminat Malaysia yang sentiasa menyokong perjalanan seninya sejak lebih sedekad lalu.

    Antara untaian indah yang bakal dipersembahkan BCL dalam konsert termasuklah Cinta Sejati, Cinta Pertama (Sunny), Karena Ku Cinta Kau, 12 Tahun Terindah serta single terbaharu, Memulai Kembali.

    Kali terakhir BCL mengadakan konsert solo di Malaysia pada 2023 menerusi Blossom Intimate Concert yang juga diadakan di lokasi sama.

    Bunga Citra Lestari bakal kembali mengadakan konsert di Malaysia pada bulan September nanti. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda