Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    BCL mula bekerja

    Biarpun sedang berduka, penyanyi Bunga Citra Lestari sudah mengesahkan akan muncul di konsert penyanyi antarabangsa Ronan Keating.

    Acara itu akan berlangsung di Pullman Central Park, Jakarta Barat pada Sabtu ini.

    Menurut penganjur, BCL akan berkolaborasi bersama Ronan Keating dan Christian Bautista.

    “Ya (BCL) sudah mengesahkan akan meneruskan persembahan.

    “Walaupun sedang berduka, BCL memastikan secara profesional dirinya tetap tampil pada konsert itu,” ujar Pegawai Perhubungan Media Relation Fullcolor, Rizky.

    Tambahnya, BCL sudah mengenali Ronan Keating sejak tahun 1990an.

    Dalam acara itu, penyanyi lagu Cinta Sejati itu membuat persiapan beberapa lagu yang akan dibawakan secara solo dan duet bersama Ronan dan Christian Bautista.

    Sebelum ini, suami BCL iaitu pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari lalu di kediamannya akibat serangan jantung. – Agensi

    Penyanyi Bunga Citra Lestari sudah mengesahkan akan muncul di konsert penyanyi antarabangsa Ronan Keating di Pullman Central Park, Jakarta Barat. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda