Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    BCL sambut ulang tahun ke-40

    Gelagat penyanyi Bunga Citra Lestari sekali lagi menjadi perhatian ramai semasa menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 pada Rabu.

    Menerusi video yang tular di media sosial, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dengan panggilan BCL terlihat teruja menyambut ulang tahun kelahirannya bersama rakan rapatnya.

    Bagaimanapun, gelagat penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu menarik tangan seorang lelaki dikenali sebagai Tiko Aryawardhana untuk berada di sisinya menjadi perhatian ramai.

    Kemesraan BCL dengan lelaki berkenaan mencetuskan tanda tanya malah ada juga yang mendakwa itu teman lelaki penyanyi berkenaan.

    “Siapa lelaki itu? Kekasih baharu BCL ke?

    “Nampak macam bukan usia dia sahaja, sepertinya Bunga macam dah move on.

    “Mesra betul BCL dengan lelaki sebelahnya,” antara komen warganet.

    Bukan itu sahaja, penampilan penyanyi berkenaan sekali lagi menjadi sebutan warganet apabila terlihat menjolok mata memandangkan sambutan itu dibuat sehari sebelum umat Islam berpuasa.

    Sebelum ini, selebriti berkenaan turut terpalit dengan kontroversi mengenai penampilannya.- Agensi

    BCL terlihat teruja menyambut ulang tahun kelahirannya bersama rakan rapatnya.- mStar

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Banjir kilat bunuh 8, 23 askar hilang

    NEW DELHI, 5 OKT - Hujan lebat secara tiba-tiba mencetuskan banjir kilat kelmarin di timur laut India yang membanjiri beberapa bandar, menghanyutkan sebuah jambatan...