Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun – Kumpulan Brunei Klasik Volkswagen (BCVG) baru-baru ini meraikan Sambutan Beetle Sedunia dengan mengadakan majlis berbuka puasa di Restoran The Arch, Gadong.
Majlis berbuka puasa yang melibatkan 28 orang ahlinya itu adalah anjuran Presiden BCVG, Tengku Putra Muhammad Harris Fadzillah bin Tengku Pengiran yang antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kalangan ahlinya.
BCVG sebelum ini pernah membuat program jelajah, di mana ahli-ahli BCVG memandu kereta Beetle mereka menaiki feri ke Menumbok, Beaufort, Sipitang dan Limbang.
Menurut Tengku Putra Muhammad Harris, BCVG sekali lagi akan membuat program jelajah yang sama pada tahun ini.
