Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    BDAC hulur bantuan makanan asas

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 APRIL – Pusat Timbang Tara Brunei Darussalam (BDAC) tidak ketinggalan beramal dalam bulan Ramadan ini menerusi Kempen Derma Ramadan untuk memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukannya.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan BDAC, pusat tersebut telah mengedarkan sumbangan yang merangkumi barang makanan asas seperti beras, minyak masak, makanan dalam tin dan sebagainya kepada beberapa buah keluarga di negara ini.

    Sumbangan berkenaan adalah hasil kutipan daripada ahli-ahli lembaga pengarah, pihak pengurusan, pegawai dan kakitangan BDAC.

    Selain membantu meringankan beban para penerima sumbangan, kempen merupakan sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat BDAC itu juga bertujuan untuk memupuk silaturahim.

    Usaha berkenaan adalah selaras dengan perniagaan teras BDAC yang ditubuhkan untuk memberikan mekanisme penyelesaian pertikaian alternatif kepada pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian serta memelihara hubungan baik antara pihak-pihak tersebut.

    Antara keluarga yang menerima sumbangan daripada BDAC. – GAMBAR SERAHAN BDAC
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda