BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Bersempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38, Persekutuan Radio Amatur Negara Brunei Darussalam (BDARA) telah mengadakan Stesen Acara Istimewa dengan Call Sign V84SHK bersama ahli-ahli amatur radio seluruh dunia pada 23 hingga Februari.
Menurut kenyataan yang diberikan, kegiatan berkenaan merupakan salah satu aktiviti tahunan BDARA bagi meraikan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
Pengendaliannya pada tahun ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya, di mana kali ini lima orang ahli persekutuan mengambil bahagian dengan menggunakan stesen radio di rumah masing-masing disebabkan penularan COVID-19.
Kenyataan menyatakan, BDARA memperoleh lebih kurang 2,300 stesen radio di seluruh dunia sepanjang acara berkenaan.
