Thursday, October 24, 2024
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    BDARA bantu pengakap Brunei dalam JOTA-JOTI 2024

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Seramai 17 ahli Persekutuan Radio Amatur Negara Brunei Darussalam (BDARA) telah memberi bantuan kepada Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) semasa Jambori di Udara (JOTA) dan Jambori di Internet (JOTI) 2024 yang berlangsung di Ibu Pejabat PPNBD, Jalan Gadong.

    Antara ahli BDARA yang turut memberikan bantuan ialah Yang Dipertua BDARA, Mejar (B) Haji Tamat bin Haji Lampoh.

    BDARA memainkan peranan penting dengan menyediakan alat perhubungan radio amatur serta mengendalikan perlawanan Pencarian Arah Radio Amatur (ARDF), yang pertama kali diperkenalkan dalam acara JOTA-JOTI

    Pada acara tersebut, BDARA juga turut menganjurkan aktiviti eyeball QSO, yang mudah difahami oleh para peserta yang mengambil bahagian.

    Selain itu, para pengakap yang menyertai acara tersebut berpeluang berkomunikasi dengan rakan-rakan pengakap dari Sabah, Sarawak dan Kalimantan Selatan yang bertujuan untuk mempereratkan hubungan silaturahim serta bertukar pengalaman dengan pengakap daripada pelbagai latar belakang bangsa dan budaya.

    JOTA -JOTI adalah acara tahunan yang melibatkan pengakap di seluruh dunia yang bertujuan bagi menggalakkan komunikasi antarabangsa serta memperluas pengalaman peserta dalam teknologi radio dan Internet.

    Ahli BDARA dan PPNBD bergambar ramai semasa acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN BDARA
    GAMBAR SERAHAN BDARA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda