Persatuan Radio Amatur Brunei Darussalam (BDARA), semalam, turut tidak ketinggalan menyumbangkan sedikit bantuan sebagai penghargaan kepada petugas barisan depan yang bertungkus lumus semasa pandemik COVID-19. Sumbangan disampaikan oleh Presiden BDARA, Mejar (B) Haji Tamat bin Haji Lampoh dan timbalan presiden serta beberapa orang ahli persatuan berkenaan yang diterima oleh Pegawai Pentadbir Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong, Haji Mohd Daniel bin Haji Othman.