Jumaat, November 21, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    BDARA pamer kepentingan radio amatur

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Persekutuan Radio Amatur Negara Brunei Darussalam (BDARA) menyertai Pameran Alat Perhubungan Radio Amatur sempena sambutan Asian Day on Disaster Management 2025 yang berlangsung di Time Square Berakas, baru-baru ini.

    Pameran itu telah disertai oleh 12 orang ahli BDARA yang masing-masing membawa peralatan radio untuk dipamerkan kepada pengunjung di pameran itu.

    Antara peralatan radio yang dipamerkan Radio High Frequency (HF) dan Very High Frequency (VHF) yang boleh digunakan pada bila-bila masa jika diperlukan.

    Persekutuan BDARA adalah salah satu persekutuan yang menjadi sukarelawan untuk membantu Pusat Bencana Kebangsaan dalam menangani jika berlaku bencana alam.

    Selain pernah memberi bantuan kepada NDMC semasa banjir besar berlaku di kawasan jalan Labi dan Mukim Sukang pada tahun 2011.

    Antara ahli Persekutuan BDARA menyertai dalam Pameran Perhubungan Radio Amatur sempena sambutan Asian Day on Disaster Management 2025, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN PERSEKUTUAN BDARA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda