Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    BDCB dedah 12 Alert List

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 FEB – Seramai 12 individu, syarikat atau entiti telah dimasukkan ke dalam Alert List Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) bagi bulan Januari 2024.

    Dalam kenyataannya yang dikeluarkan di sini, hari ini, BDCB memaklumkan kepada orang ramai bahawa individu, syarikat atau entiti yang dimasukkan dalam senarai berkenaan ialah Admin Pelaburan Fast (FB profil) (7300263); Azman Bin Yusof (FB profil) / Muhamed Saiful (FB profil) (8607435); bdreliableinvs (IG profil); Haji Mohd Yussop (IG profil) / Loan Trusted Brunei Darussalam (8130242 / 7311997); Investment Online US Dollars; Jering Tauke (FB profil); Loan barang ambil cash (FB profil) (8351409); Opus Asset Management (Opus Asset Management Sdn Bhd); Personal Usin Loans (8625983 / 8117247); Pelaburan Victory Brunei / Pelaburan Victory (8949723); Syarikat MN864 / Online Transfer 864 (8328864); dan VT Markets.

    Alert List BDCB adalah senarai individu, syarikat dan laman web yang tidak diberikan kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah kawalan BDCB, atau mana-mana aktiviti yang menimbulkan kecurigaan terhadap aktiviti yang menyalahi undang-undang.

    Senarai tersebut adalah tanpa prejudis kepada sebarang penilaian lanjut oleh BDCB mengenai aktiviti-aktiviti syarikat berkenaan.

    BDCB juga menyatakan bahawa Alert List BDCB yang telah dikemaskinikan boleh didapati di laman sesawang BDCB.

    Orang ramai dinasihatkan supaya hanya berurusan dengan institusi-institusi kewangan yang berlesen dan seterusnya berwaspada terhadap entiti atau individu tidak berlesen yang menjalankan atau menawarkan perkhidmatan kewangan, terutamanya yang
    berunsurkan skim cepat kaya dan skim piramid.

    Orang ramai juga diingatkan bahawa perlindungan di bawah rangka kerja penyeliaan BDCB tidak dapat diberikan kepada sesiapa yang memilih untuk berurusan dengan entiti, syarikat atau individu yang tidak dilesen atau dikawal selia.

    Orang ramai juga boleh melayari laman web BDCB di www.bdcb.gov.bn atau Instagram BDCB @centralbank.brunei untuk maklumat lanjut mengenai bahaya entiti kewangan tidak berlesen serta cara-cara mengenal pasti penipuan kewangan.

    Jika orang ramai mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti yang tidak berlesen, boleh menghubungi BDCB melalui talian 2380007 atau 8380007 atau e-mel kepada fci@bdcb.gov.bn.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...