Friday, November 8, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    BDCB ditutup pada 1 Syawal

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 APRIL – Sempena cuti Syawal tahun ini, Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) mengumumkan bahawa BDCB akan ditutup pada 24 hingga 26 April dan akan dibuka semula pada 27 April.

    Penutupan sempena cuti Syawal tersebut juga termasuk bagi Galeri Mata Wang dan Gift Shop BDCB, Mesin Deposit Syiling BDCB, kaunter perkhidmatan pelanggan Biro Kredit serta kaunter-kaunter pembayaran dan perkhidmatan BDCB yang lain.

    Walau bagaimanapun, bagi memastikan pembayaran Dolar Brunei (BND) di antara bank-bank berjalan dengan lancar, operasi bagi Sistem Real Time Gross Settlement (RTGS) BDCB, Sistem Automated Clearing House (ACH) dan Sistem Central Securities Depository (CSD) akan mula beroperasi seperti biasa pada 26 April.

    Justeru itu, pihak BDCB dalam kenyataannya juga memohan maaf atas sebarang kesulitan yang dialami.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda