Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    BDCB ditutup raya pertama, kedua

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memaklumkan orang ramai mengenai waktu operasinya sempena cuti Syawal 1443H/2022M.

    Kenyataan menyatakan bahawa jika 1 Syawal 1443H jatuh pada 2 Mei 2022, BDCB akan ditutup pada 2 hingga 4 Mei dan akan dibuka semula pada 5 Mei.

    Manakala itu, jika 1 Syawal 1443H jatuh pada 3 Mei, BDCB akan ditutup pada 3 hingga 5 Mei dan akan dibuka semula pada 6 Mei.

    Penutupan semasa cuti awam berkenaan termasuk Galeri Mata Wang dan Gift Shop BDCB, mesin deposit syiling BDCB, kaunter perkhidmatan pelanggan Biro Kredit, kaunter-kaunter pembayaran dan perkhidmatan BDCB yang lain.

    Bagi memastikan pembayaran Dolar Brunei (BND) antara bank-bank berjalan dengan lancar, Sistem Real Time Gross Settlement T(RGS) BDCB, Sistem Automated Clearing House (ACH) dan Sistem Central Securities Depository (CSD) akan beroperasi seperti biasa.

    Dalam kenyataan itu, BDCB memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami dan seterusnya mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin”.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...