Sunday, March 30, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    BDCB hulur bantuan kepada 20 golongan memerlukan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Bersempena menyambut bulan Ramadan, Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan penyampaian derma di Masjid Suri Seri Begawan Raja Isteri Pengiran Anak Damit Kampung Manggis/Madang, pada hari ini.

    Hadir di majlis itu, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid selaku Pengerusi Lembaga Pengarah BDCB dan ahli-ahli Lembaga Pengarah BDCB yang lain.

    Majlis dimulakan dengan bacaan surah-surah lazim, diikuti dengan penyampaian derma kepada 20 penerima daripada golongan yang memerlukan.

    Melalui inisiatif tersebut, BDCB berharap dapat memberikan sokongan bermakna, khusus kepada mereka yang memerlukan bantuan kewangan sebagai tanda keprihatinan dan perpaduan masyarakat.

    Majlis itu mencerminkan komitmen BDCB dalam menyokong masyarakat serta menggalakkan kesejahteraan sosial melalui semangat kebersamaan dan keprihatinan.

    Turut hadir ialah Pengarah Urusan BDCB, Hajah Rashidah binti Haji Sabtu, pegawai-pegawai dan kakitangan BDCB dan Institut Kepimpinan dan Kewangan Islam Brunei (BILIF).

    Dato Seri Paduka Haji Khairuddin menyampaikan derma kepada salah seorang penerima. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Majlis telah dimulakan dengan bacaan surah-surah lazim. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda