Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    BDCB hulur sumbangan

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) baru-baru ini telah menganjurkan majlis penyampaian sumbangan kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan); Persatuan Pusat Kanak-kanak Cacat (KACA); Yayasan Kanser Kanak-kanak Brunei (YASKA); dan SMARTER Brunei.

    Sumbangan tersebut merupakan hasil daripada jualan tiket muzikal The InfluencHER, yang telah dijayakan oleh BDCB dengan kerjasama Relentless Entertainment dan Academy of Performing Arts pada Ogos lalu sempena Hari Menabung Kebangsaan 2023.

    Muzikal tersebut merupakan satu gabungan unik antara pendidikan dan hiburan, dihasilkan untuk menekankan kepentingan pengurusan kewangan yang bijak, pengurusan hutang yang berkesan serta memberi amaran terhadap penipuan kewangan.

    Dalam usaha untuk menyumbang balik kepada komuniti, BDCB telah menyumbangkan sebahagian daripada hasil jualan tiket kepada NGO tersebut, sebagai sokongan kepada usaha dan misi mereka dalam mencipta perubahan dan kesan positif di Negara Brunei Darussalam.

    Semasa acara tersebut, BDCB turut menzahirkan penghargaan kepada rakan-rakan kerjasama dan rakan kongsi atas sokongan, dedikasi dan komitmen yang diberikan untuk menjayakan muzikal itu.

    Majlis telah dihadiri oleh pihak pengurusan eksekutif dan pegawai-pegawai kanan BDCB dan wakil-wakil dari Relentless Entertainment serta NGO.

    Untuk maklumat lanjut dan beberapa tip berkaitan pengurusan kewangan, bolehlah layari laman web BDCB di www.bdcb.gov.bn dan ikuti BDCB di Instagram @centralbank.brunei.

    Gambar ramai pegawai BDCB dengan penerima sumbangan pada majlis tersebut.- Gambar serahan BDCB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda