Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    BDFT berjaya raih pingat di negara jiran

    Oleh Lyna Mohammad –

    BELAIT, 21 DIS – Pasukan Lawan Pedang Brunei Darussalam (BDFT) berjaya mencapai keputusan cemerlang pada First Borneo Cup Fencing Challenge Trophy 2023 (FBCFCT) dan Borneo Junior Fencing Championship 2023 (BJFC), dengan memenangi pingat emas, perak dan gangsa.

    Kejohanan tersebut telah berlangsung di Miri, Sarawak, dari 15 hingga 17 Disember lalu.

    Sebanyak 16 pingat terdiri daripada empat emas, empat perak dan lapan gangsa telah dimenangi oleh BDFT dalam kejohanan itu.

    Dalam Acara Individu Wanita Kategori Epee, peserta lawan pedang Brunei, Zahra Imani dan Harisah telah memenangi pingat gangsa.

    Manakala bagi Acara Individu Lelaki Kategori Sabre, Haziq, telah memperoleh pingat perak dan Adrian memenangi pingat gangsa.

    BDFT bergambar kenangan semasa menyertai FBCFCT dan BJFC. – GAMBAR SERAHAN BDFT

    Bagi Acara Individu Wanita, Ziqah berjaya merangkul pingat emas dan Dayangku Siti Syaherah pula memperoleh pingat gangsa.

    Pada hari berikutnya, pasukan lelaki negara telah memenangi pingat gangsa sementara pasukan wanita memenangi pingat perak dalam Acara Berpasukan Kategori Epee.

    Bagi Acara Berpasukan Kategori Sabre, pasukan lelaki Brunei telah memperoleh pingat perak dan pasukan wanita membawa pulang pingat emas.

    Sementara itu, bagi Kategori Sabre Individu Lelaki Bawah 14 Tahun yang diadakan pada 17 Disember, peserta negara telah membawa pulang tiga pingat. Pingat emas dimenangi oleh Hanis, pingat perak oleh Ismail dan Yassir memperoleh pingat gangsa.

    Dalam Kategori Epee Individu Wanita Bawah 14 Tahun, Zara Imani memenangi pingat emas manakala dua pingat gangsa telah disumbangkan oleh Harisah dan Aalia masing-masing.

    Bagi Kategori Sabre Individu Wanita Bawah 14 Tahun, Nur Amal berjaya memenangi pingat gangsa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda