Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    BDGA, CLPGA jalin kerjasama

     

    Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha dan Jennifer Lee ketika bertukar-tukar dokumen perjanjian sambil disaksikan oleh Awang Wardi semasa majlis penandatanganan tersebut.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jan – Brunei Darussalam Golf Association (BDGA) dan China Ladies Golf Association (CLPGA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung di The Empire Hotel & Country Club, Jerudong pada kelmarin.

    Hadir menyaksikan majlis penandatanganan itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali.

    Sementara itu, hadir menandatangani bagi pihak BDGA ialah Presiden BDGA, Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha bin Pengiran Metassan, manakala menandatangani bagi pihak CLPGA ialah Pengarah Urusan CLPGA, Jennifer Lee.

    Adapun tujuan MoU tersebut adalah bagi memberi peluang kepada atlet golf wanita profesional dari China untuk mengambil bahagian dalam kejohanan Korea Professional Golf Association (KLPGA). (Klik di sini untuk cerita lanjut)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda