Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    BDMD: Tiada awan debu dikesan di negara ini

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Berikutan letusan Gunung Berapi Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia, dengan ketinggian 725 meter dari paras laut pada jam 9:45 malam waktu tempatan pada 16 April baru-baru ini telah mengakibatkan pembentukan awan debu serta menjejaskan kualiti udara dan jarak penglihatan di beberapa kawasan berdekatan.

              Sehubungan itu, Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD), hari ini, telah mengongsikan dalam siaran akhbarnya bahawa awan debu dari gunung berapi tersebut tidak ada dikesan di ruang udara Negara Brunei Darussalam.

              Maklumat terkini adalah diterima dari Darwin Volcanic Ash Advisory Centre (DVAAC) pada jam 1:30 petang waktu tempatan hari ini.

              BDMD akan mengongsikan maklumat terkini mengenai status letusan gunung berapi tersebut yang diterima dari DVAAC, jika ianya dijangka akan menjejaskan ruang udara di negara ini.

               Untuk maklumat terkini bolehlah diperolehi dengan menghubungi peramal cuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114.

    Foto yang disediakan oleh Badan Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) ini menunjukkan pemandangan letusan Gunung Ruang di pulau Sulawesi, Indonesia, hari ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...