Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    BDMD tutup kaunter pembelian data

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Sebagai usaha membantu dan mendukung kerajaan dalam menghindari penularan wabak virus COVID-19, Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD) akan menutup kaunter pembelian data secara walk-in berkuat kuasa mulai esok sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

    Jabatan berkenaan hanya akan memproses pembelian data melalui perjanjian saja, BDMD memaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

    Kenyataan menyatakan, dalam mematuhi saranan Kementerian Kesihatan mengenai penjarakkan sosial, pihak jabatan juga mengambil beberapa langkah termasuk pengambilan data yang dipohonkan dan pembayaran data yang dibeli dilakukan pada masa perjanjian yang telah dibuat terlebih dahulu.

    Perjanjian boleh dibuat dengan menghubungi talian 2381342 dan jumlah wakil
    dari setiap syarikat atau agensi terhad kepada seorang saja.

    Selain itu, BDMD juga menjalankan pemeriksaan suhu badan dan pengisian borang Deklarasi Diri di pos sekuriti semasa ketibaan dan maksimum selama 30 minit bagi setiap slot perjanjian.

    Jabatan mengucapkan terima kasih kerana memahami dan menyeru untuk sama-sama bertanggungjawab secara sosial bagi menghentikan penularan virus COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda