BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Persekutuan Judo Kebangsaan Brunei Darussalam (BDNJF) telah menganjurkan Tsukinami Shiai (Kejohanan Judo) ketiga pada 3 Mac, di Dewan Sukan, Sekolah Sukan.
Kejohanan itu terbahagi kepada kategori lelaki dan wanita. Dalam acara lelaki, ia dibahagikan kepada lapan kategori iaitu bawah 45 kilogram (kg), bawah 50kg, bawah 55kg, bawah 60kg, bawah 66kg, bawah 73kg, bawah 81kg dan atas 90kg.
Sementara bagi kategori wanita, kejohanan yang dipertandingkan ialah bawah 52kg.
Seramai 23 orang peserta lelaki dan empat orang peserta perempuan telah menyertai sukan tersebut.
Pingat bagi persembahan cemerlang telah disampaikan oleh Naib Presiden (Pentadbiran), Chong Chee Kiong dan Naib Presiden (Teknikal), Mohd Ali-Rashid bin Mohd Alipah.
Kejohanan itu menyaksikan penyertaan daripada pelbagai kelab, termasuk The Academy SSBN, Kelab Judo Politeknik Brunei, Sekolah Sukan, Made by Champions dan Jits Irmao.
Para pelajar Sekolah Sukan yang mengambil bahagian secara aktif dalam kejohanan itu menekankan kepentingan acara itu dalam mempromosikan pendidikan jasmani dan semangat kesukanan.
BDNJF merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta, sukarelawan, kelab dan penyokong kerana menyumbang kepada kejayaan kejohanan tersebut. Komitmen dan bakat yang ditunjukkan oleh komuniti judo menegaskan semula populariti dan kepentingan sukan yang semakin meningkat di rantau ini.
Acara itu mempamerkan dedikasi dan kemahiran peminat judo dari pelbagai kelab, dengan peserta bersaing dalam kategori yang berbeza.


