Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beaufort dilanda banjir

    KOTA KINABALU, 9 SEPT – Beaufort diisytiharkan sebagai kawasan bencana selepas banjir melanda daerah itu akibat hujan lebat berterusan hari ini.

    Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beaufort, Mohd Nazri Ajun, berkata pengisytiharan itu dibuat berdasarkan laporan serta maklumat terkini di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi terlibat.

    Beliau, yang juga Pegawai Daerah Beaufort berkata sehubungan itu Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon di daerah itu telah diaktifkan bagi menempatkan penduduk yang terkesan akibat bencana tersebut.

    “PPK Selagon dibuka selepas pemeriksaan kawasan dan rumah Penduduk Terjejas Bencana (PTB) telah tidak selamat untuk didiami,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. – Bernama

    Paras air sungai di Beaufort, Sabah berada pada tahap bahaya lantas menyebabkan bencana banjir. – Gambar UM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda