Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    BEBC Labuan promosi eko pelancongan BIMP-EAGA

    LABUAN, 20 SEPT – Majlis Perniagaan BIMP-EAGA (BEBC) Labuan akan terus mempromosikan potensi Labuan bagi eko pelancongan ke negara-negara anggota Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

    Pengerusinya Jerry Teo berkata pulau itu bukan hanya terkenal sebagai pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa (IBFC) Malaysia dan hab minyak dan gas, tetapi juga memiliki keunikannya yang tersendiri untuk menjadi destinasi pelancongan alternatif. 

    “Labuan telah mengambil langkah efektif untuk meningkatkan aktiviti berkaitan dengan pelancongan…beberapa usaha telah dilaksanakan untuk menyokong inisiatif ini seperti menaik taraf kerja pembinaan kemudahan pelancongan di Taman Damai, Pantai Layang-Layangan dan promosi bagi taman geologi Labuan Geopark,” katanya kepada Bernama hari ini. Labuan Geopark diiktiraf sebagai taman geologi nasional pada 16 Disember 2021. 

    Teo berkata BEBC Labuan menyokong inisiatif pelancongan BIMP-EAGA bagi menjadikan negara anggotanya termasuk Labuan, destinasi eko pelancongan pilihan di rantau Asia Pasifik. 

    Beliau berkata promosi pelancongan Labuan itu termasuk acara tahunan Labuan Duathlon/Triathlon 2022, yang baru berakhir dan Borneo Arts Festival 2022 serta Remembrance Day. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangkai tikus dalam roti, lebih 100,000 ditarik balik di Jepun

    TOKYO, 8 MEI - Lebih 100,000 peket roti telah ditarik balik di Jepun selepas bahagian bangkai tikus hitam ditemui di dalamnya, kata pengilang hari...