Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beberapa cawangan pos tutup

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mac – Jabatan Perkhidmatan Pos memaklumkan bahawa semasa penutupan Akaun Tahun Kewangan 2017/2018 pada 31 Mac ini, semua cawangan pos di Daerah Brunei dan Muara akan masih beroperasi dari 8 pagi hingga 10:30 pagi.

    Manakala itu, semua cawangan pos di Daerah Tutong, Belait dan Temburong pula akan ditutup pada hari itu nanti, menurut kenyataan yang dikeluarkan jabatan berkenaan.

    Kenyataan menambah, pada cawangan yang beroperasi esok (Bandar Seri Begawan, MPC, Kuala Belait, Seria, Seri Kompleks, Muara, Tutong, Sengkurong dan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei), perkhidmatan kaunter akan ditutup pada jam 3 petang.

    Kaunter perkhidmatan bagi semua cawangan pos akan kembali beroperasi seperti biasa pada 2 April.

    Sehubungan dengan ini, Jabatan Perkhidmatan Pos dalam kenyataannya memohon maaf atas sebarang kesukaran yang dihadapi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda