Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 31 DIS – Beberapa kawasan rendah di Daerah Belait menyaksikan peningkatan paras air dan banjir selepas hujan lebat semalaman dari 29 hingga 30 Disember
lalu.
Beberapa kawasan terjejas termasuk beberapa bahagian Kampung Sungai Teraban, Kampung Mumong dan Kompleks Sukan Mumong berhampiran, Kampung Panaga, Kampung Pandan serta kawasan sekitar Hospital Suri Seri Begawan.
Seperti yang diketengahkan dalam kenyataan media Kementerian Kesihatan, beberapa klinik turut terjejas akibat banjir selepas hujan lebat.
Operasi klinik terjejas akan digantung sementara bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan dan pembersihan yang akan mengambil masa lebih kurang satu hari dan tertakluk kepada perubahan bergantung kepada keadaan cuaca.