Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beberapa negara Eropah tanggung kos kakitangan AS tidak dibayar gaji

    MOSCOW, 10 NOV – Beberapa negara Eropah buat sementara waktu menanggung kos penyelenggaraan kakitangan di pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) yang mereka hoskan, selepas pekerja terbabit tidak menerima gaji susulan penutupan kerajaan AS yang sedang berkuat kuasa, menurut Associated Press seperti dipetik Sputnik/RIA Novosti.

    Laporan itu menyatakan bahawa di Jerman, Poland, Lithuania dan Greenland, pihak berkuasa tempatan telah menanggung kos sokongan kepada kakitangan berkenaan dengan jangkaan akan menerima bayaran balik daripada Washington, manakala mereka yang bekerja di Itali dan Portugal terus berkhidmat tanpa menerima gaji.

    Terdahulu, portal Axios melaporkan bahawa parti Demokrat di Senat AS menunjukkan kesediaan untuk meluluskan pakej rang undang-undang yang boleh menamatkan penutupan kerajaan itu. Kemudian, pengasas portal Punchbowl, Jake Sherman melaporkan bahawa Rumah Putih menyokong rancangan untuk membiayai kerajaan AS di Dewan Senat. – Bernama

    Bangunan Capitol AS kelihatan pada hari ke-40 penutupan kerajaan pada 9 November 2025 di Washington DC. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda