Wednesday, February 19, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beberapa orang cedera dalam rempuhan kereta

    MUNICH, 13 FEB – Sebuah kereta dipandu ke arah orang ramai di bandar Munich di selatan Jerman hari ini, menyebabkan beberapa orang cedera, kata polis.

    Pihak polis berkata dalam kemas kini bahawa pemandu kenderaan itu telah ditahan.

    Media tempatan melaporkan bahawa kereta itu, sebuah Mini Cooper, dipandu ke dalam sekumpulan pekerja yang mogok dari kesatuan Verdi dan ambulans turut dikejarkan ke tempat kejadian.

    Polis berkata, kejadian itu berlaku di jalan utama berhampiran pusat bandar bersejarah Munich. Ia berlaku sehari sebelum bandar itu dijadualkan menjadi tuan rumah Persidangan Keselamatan Munich. – AFP

    Anggota perkhidmatan kecemasan bertugas di tempat kejadian di mana sebuah kereta dipandu ke arah orang ramai di bandar Munich di selatan Jerman pada 13 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda