Khamis, November 20, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beberapa wakil Brunei sertai pesta buku di KK

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV – Lebih 50 pempamer tempatan dan antarabangsa menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kota Kinabalu 2025 yang berlangsung dari 12 hingga 16 November di Sabah International Convention Centre (SICC).

    Antara yang turut serta ialah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Pusat Penyelidikan dan Penerbitan. KUPU SB diwakili oleh Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Awang Abdul Hadi bin Haji Abdullah dan Pegawai Pusat Penyelidikan dan Penerbitan, Awang Shamran bin Haji Mohd Said.

    Reruai KUPU SB turut berbesar hati menerima kunjungan Konsul Agung Negara Brunei Darussalam di Kota Kinabalu, Sabah, Dayang Fauzana Octavia binti Haji Alli.

    Penyertaan KUPU SB dalam pesta buku tersebut mencerminkan komitmen institusi dalam memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan institusi penyelidikan, industri dan komuniti global, selain menggalakkan pertukaran pengetahuan, perkongsian amalan terbaik serta pembangunan sumber daya. Ia juga menjadi platform berkesan bagi mempromosikan buku-buku terbitan KUPU SB ke peringkat serantau dan antarabangsa.

    Turut menyertai pameran edisi kali ini ialah Jabatan Mufti Kerajaan, Pusat Dakwah Islamiah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Muzium-muzium, serta Pusat Sejarah Brunei.

    Atas & Bawah: Antara suasana semasa pesta buku berkenaan.
    – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN KUPUSB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda