Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beby Acha dijangkiti Influenza A

    Beberapa hari kesihatannya terganggu, penyanyi Malaysia, Beby Acha rupanya dijangkiti virus Influenza A selepas melakukan ujian saringan.

    Disebabkan itu, Beby atau Nur Aishah Shari, 34, memberitahu dia perlu menjalani tempoh kuarantin selama lima hari bagi mengelak virus itu menjangkiti orang lain.

    “Saya sudah buat pemeriksaan dan ternyata saya positif Influenza A (H1N1).

    “Jadi saya kena kuarantin selama lima hari,” katanya.

    Beby berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada malam Rabu.
    Dalam pada itu, Beby memberitahu dia turut mengalami simptom-simptom seperti sakit tekak, batuk, muntah dan demam berpanjangan.

    Malah Beby sempat menitipkan nasihat agar orang ramai perbanyakan minum air masak sebagai langkah mencegah penyakit tersebut.

    “Tanda-tanda awal, tekak saya rasa sakit sangat. Kemudian demam panas daripada Isnin sehingga hari ini (semalam).

    “Sakit-sakit sendi, muntah, batuk, selesema dan terbaring sahaja sebab badan lemah sangat-sangat.

    “Korang semua jaga diri ya, banyakkan minum air masak,” ujarnya. – Agensi

    Beby dijangkiti Influenza A selepas melakukan pemeriksaan kesihatan. – Kosmo Online
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda