Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bedu tak pernah abai nafkah bekas isteri

    Pelawak dan pelakon asal Indonesia, Bedu, tetap menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dan bekas suami meskipun sudah berpisah dengan isterinya.

    Menurut Bedu, 45, dia masih memberi nafkah kira-kira RM12,000 (Rp50 juta) setiap bulan kepada bekas isterinya bagi menampung keperluan keluarga.

    Jelasnya, wang tersebut digunakan bagi pelbagai perbelanjaan termasuk makan minum, pembantu rumah, bil elektrik, persekolahan anak-anak, serta bayaran kereta dan rumah.

    “Cerai bukan bermakna saya boleh lepas tangan. Saya masih ayah kepada anak-anak kami, jadi tetap perlu menanggung mereka,” katanya, lapor mStar.

    Bedu menegaskan, pemberian tersebut bukan kerana terpaksa atau atas desakan mana-mana pihak, sebaliknya inisiatif sendiri demi memastikan anak-anak tidak terjejas selepas perceraian.

    “Selagi dia (bekas isteri) belum ada pasangan baru, saya akan terus bantu. Ini bukan soal bekas isteri, tapi soal anak-anak kami,” ujarnya lagi.

    Untuk rekod, Bedu mendirikan rumah tangga bersama Irma Kartika Anggraini pada tahun 2010 sebelum berpisah pada 2025.

    Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. – Agensi

    Bedu mendirikan rumah tangga bersama Irma Kartika Anggraini pada tahun 2010 sebelum berpisah pada 2025. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda