Friday, January 24, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beg kamera bergaya rekaan sendiri

    Oleh Syahmi Hassan – 

    Minat terhadap fotografi semakin meningkat di Brunei, dengan ramai individu terlibat dalam aktiviti ini, sama ada secara profesional atau sebagai hobi.

    Dalam menjalankan aktiviti berkenaan, memiliki beg kamera yang sesuai sangat penting untuk melindungi peralatan mereka.

    Artikel ini membincangkan langkah-langkah mudah untuk menghasilkan beg kamera DIY 100 peratus, yang bukan sahaja menjimatkan kos tetapi juga memberikan kepuasan kepada peminat DIY.

    Barang yang diperlukan:-

    • Gunting
    • Jarum jahit (untuk jahitan tangan jika diperlukan)
    • Mesin jahit
    • Kain dalaman (0.25m²)
    • Kain luaran kalis air (0.25m²)
    • Tali (maksimum 0.35m)
    • Gesper plastik
    • Busa pelapik 3mm (atau lebih tebal jika diperlukan)

    UKUR POTONGAN MENGIKUT SAIZ KAMERA AWDA

    Ukur kain mengikut saiz kamera awda. Tambahkan 2cm atau lebih, bergantung pada ketebalan pelapik, untuk ruang jahitan dan lapisan.

    Gambar 1 – Gambar oleh Paul Henry
    Gambar 2 – Gambar oleh Paul Henry
    Gambar 3 – Gambar oleh Paul Henry
    Gambar 4 – Gambar oleh Paul Henry
    Gambar 5 – Gambar oleh Paul Henry
    Gambar 6 – Gambar oleh Paul Henry
    Gambar 7 – Gambar oleh Paul Henry

    Awda juga boleh bereksperimen dengan reka bentuk sendiri. (Gambar 1)

    Sebagai contoh, bagi kamera Canon Powershot S5 IS, saiz potongan adalah seperti berikut (termasuk tambahan 2cm):

    – 2x (10cm x 14cm)
    – 2x (10cm x 11cm)
    – 1x (14cm x 11cm)
    – Flap atas: segi empat 11cm x 14cm dengan tambahan 6cm pada sisi 14cm, dengan tepi yang dibulatkan.

    POTONG KAIN DAN BUSA MENGIKUT UKURAN

    Potong kain dan busa mengikut ukuran.

    Mula-mula, potong busa sama saiz dengan kain, kemudian potong lebih 1-2cm bahagian tepinya. (Gambar 2)

    JAHIT KEPINGAN MENJADI PAD

    Jahit tiga sisi setiap kepingan, masukkan busa dan jahit sisi terakhir hingga tertutup sepenuhnya. (Gambar 3 & 4)

    SAMBUNGKAN PAD

    Jahit sisi pad bersama-sama supaya beg terbentuk dalam keadaan terbalik.

    Pastikan awda menjahit aksesori seperti gesper pada pad sisi sebelum menutup semua sisi. (Gambar 5 & 6)

    KEMASAN AKHIR

    Kemas tepi kain yang longgar dan beg kamera DIY awda kini siap untuk digunakan. (Gambar 7)

    Projek ini bukan sahaja menjimatkan, malah memberikan pengalaman kreatif kepada mereka yang berminat untuk mencuba sesuatu yang baharu sambil
    melindungi peralatan fotografi mereka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda