VIENNA, 20 JUN – Pegawai kastam lapangan terbang Vienna telah menyelamatkan hampir 90 reptilia, kebanyakannya tokek, disimpan dalam kotak di dalam beberapa beg, menurut kementerian kewangan Austria hari ini.
Haiwan itu terdiri daripada 85 tokek pelbagai spesies, dua ular dan dua kala jengking dianggarkan bernilai kira-kira 47,000 euro (AS$51,000) dan ditemui dalam tiga kotak pengangkutan pada 23 Mei, menurut kementerian itu.
Seorang warganegara Czech berusia 50 tahun disyaki membawa haiwan itu secara haram dalam penerbangan dari Addis Ababa ke Vienna, tambahnya.
Ketika disoal siasat, lelaki itu berkata reptilia itu ‘tidak bernilai’, menegaskan dia hanya mengambil tokek untuk memberi makan kepada ular.
Reptilia tersebut sesetengahnya dalam keadaan ‘sangat teruk’ dan menunjukkan tanda-tanda dehidrasi telah pulih dengan baik dan ditempatkan di Zoo Schoenbrunn Vienna buat masa ini. – AFP


