Sabtu, 22 November 2025
Klik Lagi

    Beg sekolah berat jadi beban

    Saya ingin menyatakan rasa hairan kenapakah beg sekolah anak-anak berat dan membebankan? Ini dapat diperhatikan di sekolah-sekolah, kebanyakan anak-anak khususnya sekolah rendah membawa beg yang kelihatan penuh dan padat selain membawa beberapa beg lain seperti bekal makanan atau pakaian tambahan.

    Tidak dinafikan bahawa beg beroda ada di pasaran boleh membantu namun ini bukanlah penyelesaian apabila terdapat bangunan bertingkat atau laluan bertangga di sekolah.

    Sememangnya membawa beg berat boleh menjejaskan kesihatan badan anak-anak damit ini.

    Sebagai contoh posisi badan yang sentiasa membongkok boleh menjejaskan postur tubuh dan juga masalah tulang belakang pada jangka masa panjang.

    Selain itu, minat pelajar ke sekolah boleh terjejas apabila terpaksa membawa banyak buku seperti buku teks, buku latihan, buku kerja dan lain-lain.

    Di sini, saya ingin menyebut beberapa cadangan ringkas yang wajar difikirkan oleh pihak sekolah seperti penyediaan almari atau storan khas dalam kelas untuk menyimpan buku yang berat.

    Selain itu, penggunaan bahan digital untuk pengajaran boleh menggantikan buku fizikal.

    Akhir sekali, komunikasi antara guru dan ibu bapa wajar dipertingkatkan supaya boleh membantu pelajar dalam mengatasi masalah ini.

    AyahRisau

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Kemeriahan Pesta Ria CCMS tamatkan penggal akhir persekolahan

    Oleh Daniel Lim BELAIT, 21 NOV - Sekolah Menengah Chung...

    Lawatan guru ke Kingston Beverage & Creamery

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV-  Kira-kira 10 guru Pengajian...

    Ahli MKM berlepas ke Kem Unchiprang, Bangladesh

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV –...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...