Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Begitu banyak kehilangan, tahun 2020 sangat berbeza – BCL

    Hampir dua bulan menyepi dari laman sosial selepas pemergian suami Allahyarham Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari memuat naik status pertama di Instagram pada Khamis.

    Penyanyi dan pelakon popular Indonesia itu meluahkan kesedihan atas kehilangan mengejut penyanyi Glenn Fredly pada petang kelmarin.

    “Begitu banyak kehilangan, tahun 2020 memang sangat berbeza.

    “Mari saling menjaga dan mencintai satu sama lain. Menikmati masa yang dimiliki… mencintai.

    “Memberikan kasih kepada orang yang dicintai kerana kita tahu masa sangatlah berharga,” tulisnya dengan muat naik latar belakang berwarna hitam.

    Bunga Citra Lestari ucap selamat jalan buat Glenn Fredly. – Agensi

    Menerusi Instastory, Bunga mengucapkan selamat jalan kepada penyanyi berkenaan.

    “Selamat jalan Glenn Fredly. Terima kasih untuk segala karya dan kebaikanmu. Kekal kenanganmu. Rest in love,” tulisnya.

    Glenn Fredly meninggal dunia pada petang Rabu selepas mengalami penyakit meningitis atau radang otak.

    Posting yang sebak itu mengundang warganet untuk turut meluahkan perasaan mereka di ruangan komen.

    Rata-rata netizen memberikan simbol hati dan kata-kata semangat kepada penyanyi lagu Cinta Sejati itu.

    “Alhamdulillah sudah mula bangkit kembali, kami sayang Unge dan Noah.

    “Sangat setuju kak Unge kerana masa tak akan berulang kembali,” tulis beberapa warganet. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda