Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bei Bei tiba di rumah baharu

    BEIJING, 21 NOV – Anak panda gergasi yang lahir di Amerika Syarikat (AS), Bei Bei telah tiba di barat daya China selepas penerbangan 16 jam, dengan lebih banyak buluh menantinya apabila tiba di rumah baharunya.

    Anak panda berusia empat tahun yang namanya bermaksud ‘berharga, bernilai’ dalam Bahasa Mandarin, dilihat sedang asyik makan dan merangkak perlahan di sekitar kurungan baharunya di pusat penyelidikan wilayah Sichuan, menurut imej hari ini yang disiarkan oleh CGTN.

    Kepulangan Bei Bei disambut hari ini dengan acara meraikannya diadakan di Pangkalan Panda Bifengxia di Sichuan, lapor media tempatan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda