BEIJING – Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Thomas Bach berkata baru-baru ini bahawa beliau “pasti” Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 akan menjadi satu kejayaan. Kenyataan yang dibuat dalam lawatan bersejarah Presiden China Xi Jinping ke ibu pejabat IOC di Lausanne, Switzerland.
“Sebelum kita mengadakan perbincangan petang semalam dan hari ini, saya selalu berkata kami amat yakin tentang kejayaan Sukan Musim Sejuk ini. Kini, selepas lawatan beliau itu, saya boleh katakan kita pasti ia akan menjadi satu kejayaan,” Bach memberitahu kepada pemberita selepas beliau bertemu dengan Presiden Xi di Muzium Olimpik yang berpangkalan di Lausanne pada 18 Januari lalu.
Ucapan ini jelas menunjukkan kepada kelulusan terhadap usaha-usaha yang telah dilakukan oleh penganjur Cina sejak 18 bulan yang lalu, dan juga sebagai pendorong motivasi kepada persediaan-perseidaan mereka pada bulan-bulan dan tahun-tahun mendatang.
Beijing 2022 jawatankuasa penganjur, yang ditubuhkan pada bulan Disember 2015, telah membentuk satu pasukan lebih daripada 170 kakitangan di sembilan jabatan dan dua pusat operasi. Mengikut perancangan kerja, kerja-kerja persediaan akan dipercepatkan pada tahun 2017.
Pembinaan bagi kemudahan Olimpik ini akan bermula tahun ini, termasuk pembinaan tempat bagi sukan biathlon, permainan ski rentas desa dan lompatan ski. Juga dijadual untuk memulakan pengubahsuaian itu adalah Yunding Field Ski, tempat yang dicadangkan untuk sukan ski alpine di wilayah Heibei.
“Pada tahun 2017, Hebei tidak akan menumpukan sepenuhnya dalam pembinaan tempat, pembinaan infrastruktur asas, dan popularisasi sukan musim sejuk, untuk meletakkan asas yang kukuh bagi kejayaan Sukan Olimpik Musim Sejuk,” Li Pu, seorang pegawai Jawatankuasa Penganjur Hebei Beijing 2022, memberitahu Xinhua.
Tempat bagi pertandingan itu telah dibahagikan kepada tiga kelompok atau kawasan bagi Sukan 2022 ini, dengan sukan ‘curling’, hoki ais dan acara skating akan diadakan di Beijing. Manakala di Yanqing , yang terletak di antara Beijing dan bandar Zhangjiakou, bersedia untuk mengadakan sukan ‘ski Alpine’, ‘bobsled’, ‘luge’ dan ‘skeleton’, manakala resort Chongli adalah tapak yang dirancang untuk acara ski gaya bebas, ‘snowboarding’, rentas desa, ‘Nordic combined’, lompatan ski dan Biathlon.
Kerja-kerja pembinaan akan siap pada tahun 2019 agar kesemua daripada tempat-tempat sukan itu bersedia untuk diuji pada tahun 2020, kata penganjur.
“Penggunaan semula tempat legasi Sukan 2008 benar-benar membantu Beijing 2022 untuk berada di hadapan, manakala Beijing berjanji untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk dalam secara mapan,” kata Gui Lin, ketua jabatan jawatankuasa perancangan, pembinaan dan kemampanan Beijing 2022.
Selaras dengan Agenda Olimpik IOC 2020, konsep Sukan Beijing 2022 akan dimasukkan ke dalam matlamat pembangunan jangka panjang untuk Beijing dan wilayah jiran Hebei. Pembinaan kereta api berkelajuan tinggi dan lebuhraya yang baru untuk menghubungkan Beijing dan Zhangjiakou telah bermula, dengan projek-projek lain yang berkaitan bakal bermula tidak lama lagi. Masa yang diperlukan untuk perjalanan antara bandar akan dikurangkan kepada kurang daripada 50 minit selepas projek itu diselesaikan.
Satu pertandingan di seluruh dunia telah dilancarkan pada Ogos tahun lepas untuk mencari lambang bagi kedua-dua Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Sukan Paralimpik. Panel hakim sedang menilai reka bentuk calon dan logo rasmi yang dijangka akan diumumkan pada separuh kedua 2017.
Seperti yang ditekankan dalam pelan bidaan Beijing, China telah berjanji untuk menggalakkan 300 juta orang untuk mengambil bahagian dalam sukan musim sejuk menjelang Sukan 2022. Usaha sedang dibuat untuk memperluaskan penyertaan dalam sukan musim sejuk di utara China. Panggilan tersebut mencetuskan pelaburan yang lebih besar dalam sektor riadah musim sejuk, yang menyaksikan 108 resort ski dibina sejak Beijing memenangi bidaan Olimpik 2022 pada bulan Julai 2015.
Kerajaan perbandaran Beijing telah merangka suatu rancangan lima tahun (2016-2020) pada kecergasan awam, berikrar ‘usaha yang bersungguh-sungguh’ untuk memperkenalkan sukan musim sejuk kepada orang ramai termasuk acara ‘Alpine ski’, ‘speed skating’, ‘figure skating’ dan ‘curling’.
Menurut rancangan itu, kerajaan akan menggunakan hasil daripada pendapatan sukan itu dan dana-dana lain untuk membina tempat-tempat sukan, menubuhkan persatuan-persatuan sukan, dan menganjurkan pertandingan dan festival.
Pentadbiran Am Sukan China juga mengeluarkan satu pelan pada November tahun lepas untuk mempercepatkan pembinaan infrastruktur sukan musim sejuk, yang bertujuan untuk membina sekurang-kurangnya 500 gelanggang skating sebelum Sukan Musim Sejuk 2022.
Pelan ini memerlukan 650 gimnasium skating, 500 daripadanya akan dibina dalam tempoh lima tahun, sebagai tambahan kepada 800 pusat peranginan ski di seluruh negara.
Bach meramalkan bahawa atlet China akan menjadi lebih berdaya saing dalam bermain di tempat sendiri.
“Kita sudah boleh lihat sekarang banyak penambahbaikan dalam kebanyakan sukan. Saya yakin pasukan tuan rumah di China akan menjadi sangat kuat bukan sahaja dalam sukan ais tetapi juga dalam sukan salji. Anda sudah boleh melihat atlet China di masa depan… Kita tahu terhadap kegigihan orang-orang dan kerajaan Cina, “kata Bach. – Xinhua