BEIJING, 17 JUN – Dua pertiga penerbangan dibatalkan di Beijing termasuk arahan menutup semula sekolah di ibu kota China hari ini ketika pihak berkuasa bertungkus-lumus mengekang penularan baharu koronavirus COVID-19 dikaitkan dengan pasar borong makanan. Sebanyak 31 kes baharu dilaporkan di bandar itu, dengan pegawai menggesa penduduk supaya tidak meninggalkan Beijing dalam usaha menghindari gelombang