Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beijing cuba guna COVID-19 kawal wartawan

    BEIJING, 1 MAC – China menggunakan pandemik COVID-19 sebagai ‘satu cara untuk mengawal wartawan’, kata kumpulan media hari ini, memberi amaran Beijing telah memperkenalkan pengawasan dan sekatan tambahan atas sebab-sebab kesihatan sebagai alat untuk mematahkan kerja wartawan.

    Walaupun negara itu sebahagian besar berjaya mengawal wabak koronavirus sejak ia muncul pada 2019, Beijing telah berlumba untuk mempromosi langkah-langkah untuk menghapus kritikan mengenai pengendaliannya terhadap pandemik.

    “Ketika alat propaganda China bergelut untuk mengawal semula krisis kesihatan awam, saluran media asing berkali-kali dihalang dalam usaha mereka untuk membuat liputan berhubung pandemik,” kata Kelab Wartawan Asing China (FCCC) dalam laporan tahunannya.

    “China telah menggunakan pandemik sebagai satu lagi cara untuk mengawal wartawan.”

    Langkah ketat COVID-19 sering diguna untuk menyekat atau mengugut wartawan, kata kumpulan media, dengan pemberita ‘terpaksa meninggalkan perjalanan setelah diberitahu meninggalkan tempat berkenaan atau dikuarantin.’ – AFP

    Pekerja dilihat di bengkel pembungkusan Sinopharm untuk vaksin SARS-Cov-2 di ibu pejabat Sinopharm di Beijing semasa kunjungan media anjuran Pejabat Maklumat Majlis Negeri pada 26 Februari. China menggunakan pandemik COVID-19 sebagai ‘satu cara untuk mengawal wartawan’, kata kumpulan media kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda