Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beijing keluar amaran kuning hujan lebat

    BEIJING, 13 OGOS – Beijing meningkatkan amaran hujan ributnya kepada kuning – tahap ketiga tertinggi – berikutan hujan lebat diramal melanda banyak kawasan di bandar itu pada semalam, lapor Xinhua.

    Balai cerap meteorologi Beijing mengeluarkan amaran itu pada 4:47 petang kelmarin, meramalkan kadar kerpasan setiap jam melebihi 50 milimeter (mm) sejam di daerah seperti Fangshan, Daxing, Tongzhou, Fengtai, Chaoyang, Shunyi, Pinggu, Huairou dan Miyun dalam beberapa jam akan datang. Jumlah kerpasan di sesetengah kawasan dijangka melebihi 100mm.

    Menurut amaran itu, terdapat potensi berlakunya kepala air, aliran lumpur dan tanah runtuh di kawasan pergunungan, serta banjir di kawasan tanah rendah.

    Gambar menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal di jalan yang dinaiki air di daerah Miyun, utara Beijing pada 29 Julai – AFP

    Pada 5:30 petang, Pihak Berkuasa Air Beijing dan Perkhidmatan Meteorologi Beijing mengeluarkan amaran kuning kepala air di beberapa daerah pinggir bandar di utara dan barat Beijing.

    Pihak berkuasa kawalan banjir turut memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengunjungi kawasan pergunungan yang terdedah kepada bencana geologi memandangkan hujan dijangka berterusan minggu ini.

    China mempunyai sistem amaran cuaca berkod warna empat peringkat, dengan merah mewakili tahap amaran paling teruk, diikuti oren, kuning dan biru. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda