Tuesday, February 4, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beijing lancar ‘buku akaun’ karbon

    BEIJING, 10 OGOS – ‘Musim Kehidupan Hijau’, aplikasi telefon pintar khusus untuk aktiviti mesra alam pertama di Beijing dilancarkan di sini, hari ini.

    Aplikasi itu ialah platform utama bagi penduduk Beijing untuk mengambil bahagian dalam usaha mengurangkan pencemaran dan pelepasan karbon. Setiap individu terlibat akan diberikan ‘buku akaun’ karbon peribadi serta bakal memperoleh ganjaran selepas melakukan aktiviti hijau dan rendah karbon.

    Sebagai platform aktiviti karbon umum di Beijing, aplikasi tersebut terdiri lapan bahagian, termasuk kehidupan hijau, kredit karbon hijau dan perjalanan hijau.

    Aktiviti hijau seperti menunggang basikal, menggunakan kereta tenaga baharu, tidak menggunakan peralatan makan pakai buang, dan membeli peralatan rumah jimat elektrik akan direkodkan dan diberikan mata yang kemudian boleh ditukar kepada ganjaran. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda